X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Konvoi #RasuahBusters di N9, Melaka tampil peti aduan rakyat

Orang ramai mendapatkan akhbar Sinar Harian yang turut dijual semasa Konvoi #RasuahBusters. Gambar kecil: Nik Justin
A
A

SHAH ALAM - Konvoi #RasuahBusters yang akan meneruskan siri jelajahnya selama empat hari di Negeri Sembilan dan Melaka bermula 23 Disember ini tampil dengan elemen baharu iaitu peti aduan rakyat.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, konsep ini dimulakan di dua negeri (Melaka dan Negeri Sembilan) di setiap lokasi yang dilawati.

Menurutnya, dengan adanya peti aduan ini, ia menjadi platform masyarakat untuk menyalurkan aduan atau masalah di setiap kawasan mereka.

“Sinar Harian sebagai akhbar nombor satu di negara akan berusaha membantu sedaya yang boleh dan dengan cara itu ia akan lebih mendekatkan lagi hubungan kita dengan kalangan pembaca serta masyarakat.

“Peti aduan rakyat ini adalah yang pertama kali dimulakan di konvoi kali ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambah Nik Justin, selain itu, Sinar Harian juga meneruskan program Spot and Win seperti yang dilaksanakan semasa Konvoi #RasuahBusters di Selangor dan Kuala Lumpur 9 Disember lalu di mana sekumpulan pemenang bertuah akan membawa pulang wang tunai.

Katanya, Sinar Harian juga akan menawarkan lebih lagi hadiah eksklusif dalam Spot and Win selain pembelian akhbar Sinar Harian di pop-up stall.

“Kesemua hadiah istimewa itu boleh dimiliki apabila orang ramai bersama-sama menyertai program Rasuah Busters sepanjang empat hari siri jelajah di Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Ujar beliau, Sinar Harian juga akan menambah jualan akhbar berikutan sambutan yang menggalakkan pada siri jelajah di Lembah Klang di mana sebanyak 400 hingga 500 akhbar habis dijual dalam tempoh kurang daripada satu jam sehari.

“Sambutan memang amat menggalakkan dalam pembeliam akhbar dan kita harap misi seterusnya ini akan terus mendapat sambutan luar biasa daripada pembaca setia kita.

“Kita juga berharap agar misi Konvoi #RasuahBusters ini dapat membawa kesedaran agar tahu dan fahami dalam menangani isu rasuah di negara,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!