Petugas LHDN pencetus Kluster Jalan Labuk Batu 7, Sandakan

Masidi
Masidi
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Sandakan dikenal pasti sebagai pencetus Kluster Jalan Labuk Batu 7 yang dikesan pada Rabu dan kluster itu merekodkan 20 kes termasuk kes indeks setakat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks kluster berkenaan merupakan petugas lelaki LHDN yang mengalami gejala demam, batuk dan selesema sebelum dikesan positif pada 9 Disember lepas.

"Siasatan lanjut mendapati 19 lagi kes positif terdiri daripada ahli keluarga serta rakan sekerja kepada kes indeks menjadikan kes kumulatif dalam kluster ini adalah 20 kes termasuk tiga kes baharu dilaporkan pada hari ini (Rabu)," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, premis LHDN cawangan Sabah itu telah ditutup sementara untuk disinfeksi dan semua pesakit diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 pada Rabu adalah sebanyak 224, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 237,759 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: