Satu kes positif Covid-19 libat delegasi Setiausaha Negara AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur telah memaklumkan kepada kerajaan Malaysia mengenai kes positif Covid-19 membabitkan delegasi yang mengiringi Setiausaha Negara AS, Antony J Blinken.

Menurut kenyataan kedutaan di sini pada Rabu, seorang anggota delegasi yang didapati positif itu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Kami boleh mengesahkan anggota itu tidak terlibat dan tidak menyertai mana-mana program Setiausaha Blinken di Kuala Lumpur. Kami mengesahkan semua yang lain didapati negatif sebaik tiba di Malaysia," menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha Negara AS tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari

Kedutaan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan atas bantuan yang diberikan terhadap kesihatan dan kesejahteraan individu positif Covid-19 dan orang awam serta kerjasama Kementerian Luar.

Blinken dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia sebagai sebahagian lawatan sulungnya ke tiga negara di rantau Asia Tenggara - Indonesia, Malaysia dan Thailand. Beliau tiba di sini pada malam Selasa.- Bernama

Artikel Berkaitan: