41 pelajar Politeknik Nilai positif Covid-19

Gambar hiasan -Foto Bernama
Gambar hiasan -Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN- Seramai 41 pelajar di Politeknik Nilai, di sini dikesan positif Covid-19 membabitkan kluster baharu, Kluster Persiaran Pendidikan Nilai.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, sehingga jam 12 tengahari Rabu, jumlah saringan yang dilakukan adalah sebanyak 440.

"Daripada jumlah tersebut seramai 41 pelajar disahkan positif wabak itu manakala 399 lagi adalah negatif.

"Seramai 10 pelajar yang positif dihantar untuk menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin, seorang menerima rawatan di hospital, manakala selebihnya adalah di blok asrama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, seramai 38 kontak rapat telah diasingkan di blok asrama yang berbeza.

Dalam pada itu beliau berkata, kluster ini mula dilaporkan pada 8 Disember lepas yang melibatkan pelajar-pelajar Politeknik Nilai.

"11 kes pertama dikesan melalui saringan bersasar pelajar-pelajar menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen pada 3 hingga 6 Disember lalu.

"Daripada 11 kes tersebut, seramai 36 kontak rapat dikesan dan keseluruhan 19 kes positif direkodkan daripada 36 kontak rapat terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan: