Skuad Hoki Perak terima insentif RM100,000

Saarani (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada pasukan Hoki Perak yang berjaya menjuarai Piala Tun Abdul Razak 2021 pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan dan Kecemerlangan Sukan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh pada Rabu.
Saarani (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada pasukan Hoki Perak yang berjaya menjuarai Piala Tun Abdul Razak 2021 pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan dan Kecemerlangan Sukan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Skuad hoki Perak menerima insentif sebanyak RM100,000 daripada kerajaan negeri selepas menjuarai Piala Tun Abdul Razak 2021 pada 21 November lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain itu kerajaan negeri turut menyerahkan insentif kemenangan berjumlah RM25,000 kepada pemenang pingat emas acara badminton pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou.

Menurutnya, insentif itu diberikan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam menyokong aktiviti sukan meliputi sukan massa, para serta segala bentuk aktiviti pembangunan sukan.

“Pencapaian ini adalah hasil prinsip kebersamaan semua pihak, khususnya para atlet dan jurulatih masing-masing. Ketika seluruh dunia berperang melawan Covid-19, mereka berlatih dalam keadaan serba getir demi mengangkat nama negeri dan negara.

“Kita perlu melihat kesungguhan ini pada diri setiap atlet, termasuk kepada mereka yang tewas dan pulang tanpa membawa sebarang pingat,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan dan Kecemerlangan Sukan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Khairul Shahril Mohamed.

Saarani berkata, sumbangan RM3,000 turut diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat kerana berjaya melahirkan ramai jaguh sukan bertaraf dunia.

Menurutnya, antara jaguh sukan yang dilahirkan termasuk remaja terpantas di dunia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan juara Muay Thai Remaja Dunia 2016, Nur Amisha Azril Rizal.

Artikel Berkaitan: