5G kini tersedia untuk Keluarga Malaysia

No Image Caption
A
A
A

“Semua sektor ekonomi dijangka mendapat manfaat daripada 5G yang turut mewujudkan ekosistem baru dalam menyampaikan Revolusi Perindustrian Ke-4 (IR4.0), transformasi digital, cloud services & Internet of Things (IOT).” - Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia

“Caj untuk perkhidmatan 5G adalah kurang daripada 20 sen bagi setiap gigabyte (GB) kepada syarikat telekomunikasi (telco). Sebagai perbandingan, caj ini jauh lebih berpatutan daripada kos tambahan semasa bagi setiap GB untuk perkhidmatan 4G yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi pada kadar antara 45 dan 55 sen setiap G.” - Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan

“Integrasi pelancaran rangkaian 5G dengan setiap platform teras (core network) sedia ada MNO, akan membolehkan penggunaan perkhidmatan 5G yang dipercepatkan di Malaysia dan merapatkan jurang digital.” - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia

No Image Caption

Menghubungkan rakyat ke masa hadapan

Potensi tanpa had dalam cara anda hidup, bekerja dan bersuka ria.

Artikel Berkaitan:

Kesalinghubungan merupakan teras produktiviti masa hadapan, dan rakyat Malaysia bersedia untuk melangkah ke arah pendigitalan global. Hari ini, kita berada di puncak revolusi 5G yang akan membawa kita ke masa hadapan melalui kecekapan dan daya saing berkuasa digital dengan adanya internet berkelajuan tinggi di seluruh negara.

Dicipta dengan kelajuan sehingga 100 kali lebih pantas berbanding 4G, melalui kapasiti yang lebih besar dan kadar lengahan hampir sifar, 5G bakal membuka kunci inovasi dalam ekonomi digital, serta memberi pelbagai penyelesaian untuk keterangkuman sosial.

Meliputi pelbagai kemungkinan tanpa had, kami meramalkan ketersambungan yang lancar di seluruh negara. Inovasi seperti Realiti Ditambah (AR), Kecerdasan Buatan (AI), Komunikasi Jenis Mesin Besar- besaran (mMTC), dan Komunikasi Berkadar Lengahan Rendah yang Boleh Dipercayai (URLLC) ditetapkan bagi meningkatkan tahap amalan optimum industri yang terkini.

Oleh itu, terdapat keperluan mendesak bagi Malaysia untuk membangun dan menggunakan teknologi perkhidmatan 5G, kerana ia adalah penting dalam menentukan daya saing setiap negara di peringkat global.

No Image Caption

Kemungkinan masa hadapan: Melonjakkan Malaysia sebagai pesaing global

Lebih pantas Malaysia mencapai liputan 5G di seluruh negara, semakin pantas ia dapat meraih keuntungan ekonomi yang besar. Menurut kajian EY baru-baru ini mengenai potensi impak ekonomi 5G, sebanyak RM650 bilion peningkatan KDNK kumulatif dapat dilihat dalam tempoh 10 tahun akan datang, dengan RM150 bilion pada tahun 2031 sahaja.

Lebih kurang 750,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi baru akan dicipta menjelang 2030, dan akan menjadi satu kelebihan buat Malaysia berbanding negara-negara jiran. Sementara itu, potensi penggunaan dan manfaat 5G akan meliputi setiap aspek kehidupan seharian, dengan penggunaan teknologi dan data bagi meningkatkan kualiti hidup, menerusi sistem lalu lintas yang lebih baik dan masa perjalanan yang lebih pendek, bagi mengoptimumkan penggunaan utility dan sisa kitar semula, tindak balas kecemasan yang lebih cepat, dan banyak lagi.

Malah pengalaman seperti membeli-belah akan berbeza kerana persekitaran runcit dioptimumkan dengan ciri AR yang mendalam. Sememangnya, terdapat begitu banyak potensi dengan kesalinghubungan 5G.

No Image Caption

Jangan lepaskan peluang keemasan 5G

4G - imbas kembali janji-janji yang tidak dipenuhi.

Berapa kerapkah anda berasa kecewa dengan fail yang dimuat turun lebih perlahan daripada yang diharapkan? Pada waktu seperti ini, kita rasa kecewa dengan janji-janji kelajuan dan kecekapan yang kita bayar, namun penghantaran sebenar tidak seperti dijanjikan. Untuk mengeruhkan lagi keadaan, gangguan kelajuan dan liputan data yang tidak konsisten bukan sahaja mempengaruhi keadaan kita sekarang, tetapi juga menjadi gumpalan isu rumit hingga ke tahap di mana mata pencarian dan perniagaan boleh terjejas secara negatif.

Dan kerumitan ini meluas, apabila kita melihat sorotan dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam keadaan liputan 4G semasa.

Setakat tahun lepas sahaja, penggunaan data mudah alih rakyat Malaysia meningkat ke tahap tertinggi di ASEAN pada pertumbuhan 35.2% pada tahun 2021 berbanding 2020.

Isu 1: Kualiti rangkaian yang merosot

Namun, walaupun penggunaan tahun lepas meningkat, aduan mengenai perkhidmatan selular melonjak sebanyak 433% berbanding tahun sebelumnya, dengan 90% aduan ini berkaitan dengan Kualiti Rangkaian.

Isu 2: Kos yang lebih tinggi berbanding dengan kualiti perkhidmatan

Walaupun begitu, rakyat Malaysia kini membayar purata harga pengguna tertinggi untuk perkhidmatan mudah alih mereka berbanding negara jiran di rantau ini, iaitu hampir 1.5% daripada KDNK per kapita atau purata RM50 sebulan.

Isu 3: Malaysia ketinggalan di peringkat serantau dan global

Kesannya, Malaysia berada di kedudukan yang rendah di rantau ini dalam kelajuan data mudah alih 4G. Di peringkat global, Malaysia ketinggalan lebih jauh, menduduki tempat ke-81 untuk kualiti kesalinghubungan mudah alih, dan ke-6 di kalangan sembilan negara ASEAN, menurut kajian baru-baru ini dalam Global Mobile Experience.

Isu 4: Jurang digital pinggiran bandar

Tambahan pula, syarikat telekomunikasi telah mengabaikan kawasan berpenduduk yang rendah dan luar bandar ketika pelaksanaan 4G, lalu mewujudkan jurang digital yang besar di mana kawasan luar bandar hanya mempunyai kadar kejayaan sebanyak 44% dalam sambungan 4G berbanding 83.7% di kawasan bandar.

No Image Caption

Kerajaan bertekad untuk meningkatkan ekonomi digital Malaysia

Kos perkhidmatan mudah alih yang tinggi, kedudukan kesalinghubungan mudah alih yang mengecewakan di peringkat serantau dan global, dan kualiti rangkaian yang merosot adalah pemacu bagi kerajaan melaksanakan perubahan untuk menerajui visi ekonomi digital Malaysia yang baharu.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan satu entiti bagi mempercepatkan pelaksanaan dan penerimaan 5G di seluruh negara, dengan objektif menyokong transformasi Malaysia sebagai pemimpin serantau dalam ekonomi digital, dan mempromosikan masyarakat yang lebih inklusif.

Penubuhan DNB sebagai pemboleh 5G Malaysia

Pada 1 Mac, Kementerian Kewangan mengumumkan penubuhan DNB, sebagai Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle atau SPV) untuk pelaksanaan 5G di Malaysia. DNB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi menyediakan liputan dan kapasiti 5G secara borong kepada pemegang lesen lain di bawah akta tersebut.

Kos 10 tahun pelaksanaan 5G yang diterajui oleh DNB dianggarkan bernilai RM16.5 bilion, yang akan dibiayai sepenuhnya oleh sektor perkhidmatan kewangan domestik berdasarkan model perniagaan DNB.QUOTE:

“5G adalah penting dari segi ekonomi untuk memastikan daya saing digital Malaysia.” - Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

No Image Caption

Rangkaian Borong Tunggal akan membolehkan harga perkhidmatan 5G lebih rendah untuk penggunaan rakyat

Bagi mencapai sasaran 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk negara menjelang tahun 2024, model yang komprehensif diperlukan untuk mempercepatkan pelaksanaan dan penggunaan teknologi 5G. Oleh itu, model Rangkaian Borong Tunggal (Single Wholesale Network atau SWN) yang berpandukan bekalan dipilih untuk pelaksanaan 5G di Malaysia.

Model SWN Digital Nasional Berhad (DNB) akan membolehkan pelaksanaan yang lebih menyeluruh dengan peningkatan liputan rangkaian di kawasan luar bandar. Berbeza dengan pelaksanaan berpandukan permintaan yang berasaskan keuntungan daripada pelaksanaan 4G oleh syarikat telekomunikasi, DNB menumpukan usaha ke atas kecekapan dengan mengoptimumkan infrastruktur sedia ada.

Pengumpulan spektrum 5G dalam entiti neutral tunggal seperti DNB akan membolehkan kecekapan spektrum yang lebih besar (berbanding dengan spektrum sebagai sumber yang terhad yang dibahagikan kepada pelbagai pihak), dan dengan itu membolehkan DNB untuk menyediakan perkhidmatan borong 5G pada kos terendah.QUOTE:

“Kami akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk menyampaikan rangkaian 5G untuk seluruh negara. Kami percaya bahawa kami berada dalam kedudukan yang baik untuk menyokong pelaksanaan 5G buat Malaysia.” - Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Telekom Malaysia Bhd

No Image Caption

Digital "superhighway" ke arah masa hadapan pintar 5G

Bayangkan lebuh raya digital yang luas yang membolehkan semua pengguna data dalam talian bergerak dengan bebas dan tanpa sebarang gangguan. Ini akan dapat direalisasikan oleh teknologi Rangkaian Teras Pelbagai Operator (Multi Operator Core Network atau MOCN). Dibina sebagai "superhighway" digital tunggal yang lancar, rangkaian selamat ini akan menyokong semua syarikat telekomunikasi secara borong – yang berpotensi mengurangkan separuh daripada kos yang diperlukan untuk syarikat telekomunikasi untuk pelaksanaan 5G sendiri.

Model MOCN telah berjaya dibuktikan pada 10 November dengan integrasi 5 syarikat telekomunikasi, yang disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa serta beberapa pemimpin industri.

Harga 5G kepada syarikat telekomunikasi dijangka kurang daripada 20 sen setiap Gigabait (GB), iaitu kurang separuh daripada apa yang akan ditanggung oleh syarikat telekomunikasi untuk kapasiti yang dihasilkan oleh infrastruktur 4G mereka sendiri.

Penjimatan kos akan memberi manfaat kepada industri melalui peningkatan aliran tunai, yang boleh digunakan untuk mengoptimumkan penjimatan kos, atau pelaburan ke dalam industri baharu dan peluang pertumbuhan pendapatan. Pengguna juga akan mendapat manfaat daripada penjimatan kos, kerana syarikat telekomunikasi akan mengenakan kadar yang lebih rendah untuk perkhidmatan 5G daripada apa yang mereka dikenakan bagi perkhidmatan mudah alih pada masa ini.

Layari www.digital-nasional.com.my untuk maklumat lanjut.

Untuk artikel selanjutnya berkenaan soal jawab wakil rakyat dan ADUN berkenaan 5G boleh klik di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/178033