Pegawai agensi penguat kuasa disambung reman

Polis
Polis
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai agensi penguat kuasa disambung reman sehingga 20 Disember ini bagi membantu siasatan kes jenayah melibatkan kerugian sebanyak RM700,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

"Seorang suspek disambung reman sehingga 20 Disember ini manakala seorang lagi suspek diberi jamin.

"Setakat ini lima individu telah dipanggil untuk diambil keterangan menjadikan jumlah keseluruhan seramai 17 individu telah diambil keterangan," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Pada Isnin, dua individu termasuk pegawai dari agensi penguat kuasa masing-masing direman tiga dan empat hari bagi membantu siasatan kes jenayah melibatkan kerugian sebanyak RM700,000.

Dua suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi masing-masing pada Sabtu dan Ahad di pekarangan pejabat mereka dan kedua-dua suspek direman tiga dan empat hari bagi siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: