Algeria sahkan kes pertama varian Omicron

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALGIERS - Pihak berkuasa kesihatan Algeria pada Selasa mengesahkan kes pertama varian Omicron di kesan di negara ini, lapor media tempatan.

Pada 10 Disember lepas, seorang warga asing yang tiba dari luar negara disahkan positif Covid-19 semasa menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Algiers.

Sampelnya yang dihantar ke Institut Pasteur d'Alger disahkan positif varian itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita APS.

Pemangku pengarah institut itu, Fawzi Derrar berkata, warga asing itu kini diletakkan di bawah kuarantin.

Pihak berkuasa kesihatan di Algeria pada Selasa melaporkan 280 kes baharu Covid-19 dan empat kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan keseluruhan kes sebanyak 213,288 manakala korban seramai 6,155. - Bernama

Artikel Berkaitan: