Guardiola gembira persembahan cemerlang De Bruyne

De Bruyne
De Bruyne
A
A
A

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mengakui berbangga dengan persembahan cemerlang para pemainnya selepas mereka membelasah Leeds United 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.

Malah menurut pengendali dari Sepanyol itu, tiga mata tersebut lebih bermakna dengan kembalinya tonggak prolifik The Citizens, Kevin De Bruyne.

“Dua atau tiga hari terakhir semasa sesi latihan saya meminta kepada De Bruyne untuk dia kembali bekerja seperti biasa.

"Ya, dia luar biasa. Itu menyebabkan kami amat memerlukan khidmatnya kerana dia sangat penting untuk pasukan ini," kata Guardiola.

Pemain Belgium itu menjaringkan dua gol (32', 62') sekali gus kemenangan liga ketujuh berturut-turut kelab itu, termasuk jaringan menakjubkan untuk gol keduanya selepas rehat.

De Bruyne kembali ke tahap terbaiknya selepas bergelut untuk kembali cergas sepenuhnya selain dihambat jangkitan Covid-19.

Gol The Citizens lain dijaringkan Phil Foden (8'), Jack Grealish (13'), Riyad Mahrez (49') John Stones (74') dan Nathan Ake (78').

Untuk rekod, Manchester City tewas di Etihad manakala sekadar melakar keputusan seri semasa bertandang ke Elland Road musim lalu ketika berdepan skuad Marcelo Bielsa tersebut.

Artikel Berkaitan:

Keputusan musim lalu kedua-dua pasukan sebelum ini disifatkan Guardiola sebagai sesuatu yang perlu dilihat secara lebih serius para pemain kelab itu.

"Kami kehilangan lima mata kepada mereka musim lalu. Semua orang tahu bagaimana perasan semasa menentang lawan seperti Leeds United.

"Apabila anda mendapat keputusan ini kerana secara individu pemain cemerlang. Kami berbangga dengan cara kami bermain," katanya.

Sementara itu, De Bruyne berharap persembahan kurang cemerlangnya musim ini dapat dilupakan selepas aksi di laman sendiri itu.

“Jelas banyak sekali perkara yang berlaku tahun ini, sedikit di luar kawalan saya jadi satu-satunya perkara yang boleh saya lakukan ialah cuba bekerja keras dan kembali secepat mungkin.

"Malang dengan semua yang berlaku, pada masa saya kembali dalam rentak yang baik, saya positif Covid-19 jadi ia berlaku dan kini kami bekerja keras untuk kembali pada tahap yang baik," tambahnya.

Untuk rekod, The Citizens kini berkelebihan empat mata berbanding Liverpool di tempat kedua, De Bruyne berkata, pertarungan epik untuk merebut gelaran menanti pada Tahun Baharu.

"Ia adalah satu pemburuan kejuaraan yang hebat tetapi walaupun di luar tiga teratas adalah sangat sukar untuk memenangi setiap perlawanan. Anda melihat banyak perlawanan - seperti Wolves, West Ham - di mana anda menang dengan perbezaan satu gol.

"Ia masih akan menjadi perlumbaan yang hebat tahun ini tetapi kami cuba untuk berada di sana dan itulah satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan," ujarnya.