X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Pfizer dakwa Paxlovid berkesan 90 peratus cegah kematian Covid-19

Berdasarkan ujian terhadap 1,200 orang pesakit Covid-19 pada November, tiada kematian dilaporkan setelah pengambilan ubat oral berkenaan. - Foto Reuters
A
A

PFIZER mendakwa pil antiviral Covid-19 keluaran syarikat itu menunjukkan hampir 90 peratus keberkesanan dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan pesakit berisiko tinggi.

Mereka juga mendakwa, data ujian terkini turut menunjukkan pil berkenaan mampu untuk membendung varian Omicron yang merebak lebih pantas.

Menurut Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten, berdasarkan ujian terhadap 1,200 orang pesakit Covid-19 pada November, tiada kematian dilaporkan setelah pengambilan ubat oral berkenaan.

Pil oral Pfizer itu diambil dua kali setiap hari, untuk lima hari bermula sejurus timbulnya gejala.

Namun jika ubat berkenaan mendapat kelulusan, ia akan dijual dan dikenali sebagai Paxlovid.

Pfizer juga mengeluarkan data awal daripada kajian kedua menunjukkan rawatan itu mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 70 peratus dalam kajian berskala kecil bagi orang dewasa.

Keputusan itu jelasnya menunjukkan trend positif.

Dolsten turut menjangkakan, kebenaran dan kelulusan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) akan diraih dalam masa terdekat. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!