48 lagi kematian baharu akibat Covid-19

Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,956 orang pada Selasa. - Foto Bernama
Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,956 orang pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 48 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,956 orang, daripada 2.69 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 12 daripada 48 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 57,674 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 47,600 individu atau 82.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,280 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 4,412 kes dirawat di hospital dan 382 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 181 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 201 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani