X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Padah kemaruk nak jadi bini ‘menteri’

Gambar hiasan 123rf.
A
A

MERAK Jalanan rasa rata-rata rakyat Malaysia memang sudah biasa mendengar macam-macam kes scam.

Ada yang bernasib malang diri sendiri pernah jadi mangsa, ada juga kes yang pernah terjadi kepada saudara atau ada juga dengar cerita daripada kawan-kawan.

Malah, hampir setiap hari macam-macam kes penipuan akaun online disiarkan di akhbar, portal berita dan stesen TV.

Ada kes scammer jadi pegawai bank kononnya akaun bank mangsa diceroboh, ada pula menyamar jadi pegawai lembaga hasil dan ada juga yang menipu jadi inspektor polis.

Tidak ketinggalan ada juga penjenayah menawarkan janji manis dan kasih sayang sebagai kekasih.

Tetapi taktik menjual cinta ini biasanya mengambil masa lama untuk memperdayakan mangsa berbanding ugutan kononnya akaun bank mangsa digodam.

Namun, kebiasaannya penjenayah love scam ini mendapat habuan besar daripada mangsa mereka.

Yang pasti, penjenayah online ini menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk membelit mangsa.

Namun, beberapa hari lalu, taktik dan naratif cerita scammer makin dahsyat. Dan yang peliknya, bagaimana pula mangsa boleh terpedaya dengan si pembohong itu.

Al kisahnya, scammer tersebut kononnya mengaku seorang ‘menteri’ dan akan memberikan mangsa wang sebanyak RM1 juta dan sebuah kereta Rolls-Royce jika mangsa sudi menjadi isterinya.

Tetapi syaratnya mangsa perlu membayar RM4,200 kepada pengurus bank menteri itu sebagai yuran perkahwinan.

Merak Jalanan pun pelik bagaimana, kisah auta ditawar jadi isteri menteri sebegitu boleh dipercayai mangsa.

Tetapi itulah kisah kejadian scammer zaman sekarang, macam-macam ada. Cuma pesan Merak Jalanan untuk diri sendiri dan juga pembaca Sinar Harian, pada zaman teknologi kita haruslah ada sixth sense atau pancaindera keenam untuk menghidu penipuan online.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!