Mendapan tanah punca pembaikan Jalan Ampang ditangguh

Kesesakan lalu lintas teruk akibat penutupan laluan kecemasan dan lorong kiri jalan di Laluan Persekutuan FT239 Jalan Ampang-Jelapang di Ipoh. (Gambar kanan) Kerja baik pulih lapisan permukaan jalan di Laluan Persekutuan FT239 Jalan Ampang-Jelapang di Ipoh terpaksa ditangguhkan susulan penemuan mendapan tanah.
Kesesakan lalu lintas teruk akibat penutupan laluan kecemasan dan lorong kiri jalan di Laluan Persekutuan FT239 Jalan Ampang-Jelapang di Ipoh. (Gambar kanan) Kerja baik pulih lapisan permukaan jalan di Laluan Persekutuan FT239 Jalan Ampang-Jelapang di Ipoh terpaksa ditangguhkan susulan penemuan mendapan tanah.
A
A
A

IPOH - Kerja baik pulih lapisan permukaan jalan di Laluan Persekutuan FT239 Jalan Ampang-Jelapang, di sini terpaksa ditangguhkan susulan penemuan mendapan tanah (sinkhole) sebesar 10 meter.

Exco Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, mendapan tanah dengan panjang 10 meter dan lebar 1.5 meter di bahu jalan Seksyen 4.73 itu disedari pihak syarikat konsesi pada 19 Oktober lepas.

Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan kerja-kerja pembinaan semula di laluan berkenaan terpaksa ditangguhkan untuk pemeriksaan lanjut dan bagi mengelak keadaan menjadi lebih buruk.

"Hakisan tanah itu dipercayai berpunca daripada resapan air kesan kebocoran longkang di tepi jalan.

"Unit Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat pemeriksaan di tapak dan mendapati kebocoran pembetung bersebelahan tembok penahan jalan yang mengakibatkan takungan air di bahagian bawah kawasan tersebut," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JKR Perak, Ir Hamdan Ali.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keluhan pengguna jalan itu khususnya di media sosial yang sering berhadapan dengan kesesakan lalu lintas teruk akibat penutupan laluan kecemasan dan lorong kiri jalan.

Mohd Zolkafly berkata, pihaknya sedar bahawa penangguhan kerja yang sudah memasuki hampir dua bulan itu telah mengakibatkan kesesakan luar biasa terutama pada waktu puncak dan hujung minggu.

Artikel Berkaitan:

"Antara tindakan awal yang dilakukan di lokasi tersebut seperti meletakkan papan lapis dan kanvas di atas permukaan mendapan serta menutup laluan satu lorong bagi mengelakkan kemalangan jiwa," katanya.

Jelas beliau, JKR melalui konsesi persekutuan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan bermula minggu hadapan.

"Ia merupakan langkah pembaikan kekal dan RM700,000 daripada peruntukan kecemasan Kementerian Kerja Raya telah diperuntukkan bagi kerja pembaikan jalan itu.