Penggunaan domestik produk sawit, hiliran disasar meningkat 10 peratus

Teresa Kok
Teresa Kok
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Industri Utama menyasarkan penggunaan domestik bagi produk sawit serta produk hiliran berasaskan komoditi itu meningkat sebanyak 10 peratus melalui kempen Sayangi Sawitku.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, pada masa ini penggunaan produk sawit di dalam negara hanya mencatatkan 20 peratus manakala baki 80 peratus lagi adalah untuk dieksport.

“Jadi, kita menyeru kesemua pengeluar produk hiliran sawit supaya meletakkan logo kempen Sayangi Sawitku pada label produk mereka sebagai langkah mendidik pengguna mengenai produk bahawa yang diambil mereka itu adalah diperbuat daripada sawit," katanya dalam sesi soal jawab semasa perjumpaan bersama syarikat di bawah skim penstabilan minyak masak (COSS) di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Teresa berkata, sejak melancarkan kempen awal Sayangi Sawitku di peringkat nasional, pelbagai aktiviti serta program dilaksanakan bersama rakyat termasuk golongan pelajar sekolah, kolej dan universiti.

“Kempen ini bertujuan memupuk semangat kecintaan dan kebanggan terhadap minyak sawit Malaysia serta penghargaan atas sumbangannya kepada ekonomi negara,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: