Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiga anggota JSPT KL terima surat penghargaan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh menyampaikan surat penghargaan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur kepada tiga anggota JSPT.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh menyampaikan surat penghargaan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur kepada tiga anggota JSPT.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerima surat penghargaan kerana berjaya memujuk seorang lelaki kurang siuman melaungkan azan dan solat di tengah Jalan Ipoh pada 13 Oktober lalu.

JSPT Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim merakam terima kasih terhadap sikap dedikasi dan keprihatinan tiga anggota JPST itu dalam melaksanakan tugas.

"Koperal Mohd Spencer Abdullah, Koperal Azlan Hamzah dan Lans Koperal Khairul Anuar Abd Kadir telah mempamerkan sikap yang harus diteladani oleh semua warga pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Anggota JSPT itu telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh telus dan ikhlas dalam memberi bantuan kepada masyarakat," kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular lelaki lari dari wad solat tengah jalan raya

Menurut kenyataan itu, sikap yang telah ditunjukkan oleh tiga anggota JSPT itu sekali gus menaikkan imej PDRM dan Polis Kuala Lumpur.

Pada 13 Oktober lalu, media melaporkan tindakan seorang lelaki melaungkan azan dan solat di tengah jalan menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Ipoh.

Kejadian pada 3.35 petang itu turut dirakam pengguna jalan raya sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Tindakan pantas anggota JSPT telah menyelamatkan nyawa lelaki tersebut dan orang awam yang berada di sekitarnya.

Artikel Berkaitan:

Semakan lanjut mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit adalah pesakit psikiatri yang melarikan diri dari Hospital Selayang.

Anggota polis kemudiannya menghubungi pihak hospital sebelum lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.