Isteri MB Selangor, dua anak positif Covid-19

Amirudin (tiga dari kiri) bersama isteri dan anak-anaknya.
Amirudin (tiga dari kiri) bersama isteri dan anak-anaknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad bersama dua anak mereka disahkan positif Covid-19 pada Isnin.

Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, beliau turut melakukan ujian PCR Covid-19 namun keputusan saringannya negatif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu bagaimanapun tetap menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada Khamis

"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak," katanya.

Selain membuat permohonan maaf, beliau turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan dan memohon diberikan kekuatan buat mereka sekeluarga.

Difahamkan, Amirudin bersama keluarganya dijangka berangkat menunaikan umrah malam ini namun perkembangan terbaru itu menyebabkan hasrat mereka terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Artikel Berkaitan: