SPSB fail rayuan pembatalan saman terhadap Razali

Razali Ibrahim
Razali Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung dakwaan mengeluarkan beberapa kenyataan membabitkan projek Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak.

Peguam Chetan Jethwani, yang mewakili SPSB memaklumkan, anak guamnya tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.

SPSB kekal dalam keputusan bahawa, walaupun Razali merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa ke atas Felda sewaktu tempoh penugasannya, beliau sepatutnya perlu bertanggungjawab dan dihadapkan ke mahkamah kerana membuat beberapa kenyataan mencemarkan reputasi SPSB sebagai pemaju utama projek KLVC.

Pada Oktober 2018, Razali, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman berkenaan atas alasan tiada kausa tindakan munasabah untuk syarikat pemaju itu menyamannya.

SPSB selaku plaintif memfailkan saman itu pada 16 Julai 2018 selepas mendakwa Razali membuat beberapa kenyataan mengenai penglibatan SPSB sebagai pemaju utama projek KLVC.

SPSB berkata, syarikat itu sebelum ini telah menyampaikan satu notis tindakan kepada defendan menuntutnya memohon maaf, bagaimanapun beliau gagal berbuat demikian.

Syarikat itu memohon satu perintah injunksi supaya Razali dihalang daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah, juga menuntut ganti rugi RM100 juta serta mengemukakan permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh SPSB.

Artikel Berkaitan: