X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

4,097 kes positif Covid-19 hari ini

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 meningkat kepada 4,097 kes pada Selasa setelah dua hari merekodkan jumlah di bawah angka 4,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh yang dicatatkan pada hari ini pula ialah 4,301 kes.

“Daripada 4,097 kes baharu dilaporkan hari ini, 86 kes atau 2.1 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 4,011 kes atau 97.9 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr Noor Hisham kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara pada hari ini ialah 0.94 dengan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi ialah Negeri Sembilan dengan 1.02 dan terendah ialah Sarawak (0.73).

Beliau berkata maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!