Buli: PDRM jamin selesaikan siasatan secepat mungkin

Mazlan ketika merasmikan Mes Pegawai Kanan IPK Selangor di Shah Alam pada Selasa.
Mazlan ketika merasmikan Mes Pegawai Kanan IPK Selangor di Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan secepat mungkin berhubung kejadian buli membabitkan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, setakat ini seramai 10 suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen A233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagaimanapun kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita pandang serius perkara ini dan kita tidak mahu ia berlaku lagi, jadi itu sebabnya kita ambil tindakan jenayah seperti akta yang saya sebut tadi.

"Kita akan lengkapkan siasatan secepat mungkin dan kita akan berikan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mes Pegawai Kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam, di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Perak siasat video buli pelajar sekolah

Tujuh pelajar, mangsa dipanggil beri keterangan

Buli: Empat pelajar ditahan bantu siasatan

Artikel Berkaitan:

Buli: Dua lagi pelajar ditahan

Mara diarah lakukan siasatan terperinci kes buli pelajar

Pada masa sama, beliau turut menggesa mangsa buli supaya tampil membuat laporan agar pihaknya dapat mengambil tindakan pencegahan.

"Kita minta mangsa buli untuk melaporkan kepada kita kerana mencegah lagi baik daripada mengubat. Jangan tunggu nasi dah jadi bubur," katanya.

Sementara itu, beliau yang dalam lawatan kerja rasmi di IPK Selangor turut merasmikan Mes Pegawai Kanan Kontinjen Selangor, di sini dan menyampaikan sumbangan barang keperluan asas kepada beberapa warga PDRM yang memerlukan.

"Saya harap dengan adanya mes ini dapat membantu menjaga kebajikan pegawai di IPK Selangor selain tempat berkumpul dan merapatkan silaturahim," ujarnya.