Gempa bermagnitud 7.5 gegar Laut Flores

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan Laut Flores pada 10.20 pagi (11.20 pagi waktu Malaysia) Selasa.
Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan Laut Flores pada 10.20 pagi (11.20 pagi waktu Malaysia) Selasa.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan Laut Flores pada 10.20 pagi (11.20 pagi waktu Malaysia) Selasa.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa adalah di laut pada kedalaman 10 kilometer (km), 95 km di utara bandar Maumere di Nusa Tenggara Timur.

Gegaran dirasai di Maluku, Nusa Timur Tenggara, Nusa Tenggara Barat, Sulawesi Selatan dan Sulawesi Tenggara. - Bernama

Artikel Berkaitan: