JKM cari ibu kandung bayi lima bulan

JKM Daerah Petaling mencari ibu kandung kepada Muhammad Rifqee Hadi yang dilahirkan di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.
JKM Daerah Petaling mencari ibu kandung kepada Muhammad Rifqee Hadi yang dilahirkan di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling mencari ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang dilahirkan di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.

JKM Daerah Petaling dalam kenyataannya memaklumkan, ibu bayi itu, Nurul Nadira Natasha Abdullah, 18, dicari bagi membantu proses dokumentasi kanak-kanak terbabit.

Menurut kenyataan itu, Muhammad Rifqee Hadi berusia lima bulan ditinggalkan ibunya semasa dalam jagaan penjaga kanak-kanak terbabit.

"Satu perintah interim penjagaan di Mahkamah Kanak-kanak Petaling Jaya telah dijalankan pada Disember dan telah diletakkan dalam jagaan orang yang layak dan sesuai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu memberitahu, kes akan disebut semula pada 6 Januari tahun depan.

"JKM berharap keluarga atau waris atau sesiapa yang mengetahui tentang ibu kandung kanak-kanak ini untuk menghubungi kami di Unit Kebajikan Pejabat Masyarakat Daerah Petaling di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587 dengan kadar segera," jelasnya.

Artikel Berkaitan: