Penganggur ditahan bersama pil yaba, syabu

Seorang penganggur ditahan bersama 190 biji pil yaba dan 150 gram syabu dalam serbuan di Kampung Binjai, Kangkong di Pasir Mas, pada Ahad.
Seorang penganggur ditahan bersama 190 biji pil yaba dan 150 gram syabu dalam serbuan di Kampung Binjai, Kangkong di Pasir Mas, pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang penganggur ditahan bersama 190 biji pil yaba dan 150 gram syabu dalam serbuan di Kampung Binjai, Kangkong di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebelum serbuan dilakukan sepasukan anggota Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bersama anggota dari Balai Polis Tok Uban telah bersembunyi selama lima minit di dalam semak sebelum memberkas suspek berusia 32 tahun itu.

"Lelaki tersebut ditangkap bersama sebuah motosikal jenis Yamaha 125 berwarna biru. Hasil pemeriksaan tubuh badan suspek telah menjumpai satu beg silang berzip berwarna hitam yang dipakai secara silang di badan.

"Di dalamnya kami temui barang kes iaitu syabu dan pil yaba yang bernilai RM24,400," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, hasil soal siasat suspek mengaku dadah yang dijumpai adalah miliknya dan mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Apis.

Beliau berkata, kali terakhir suspek mengambil dadah daripada Apis ialah pada 2 Disember lalu lebih kurang jam 4 petang di tepi jalan Kampung Lubok Jong, di sini.

Mohd Nasaruddin berkata, siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengesan dan mengenal pasti Apis untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39B Anti Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A (1) Anti Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 15(1)(a) Anti Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai tiga rekod lampau," katanya.