Tiada askar AS dihukum isu serangan dron di Kabul

Gambar fail menunjukkan serangan peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah dron milik tentera Amerika Syarikat sehingga menyebabkan 10 orang terkorban di Kabul, Ogos lalu. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan serangan peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah dron milik tentera Amerika Syarikat sehingga menyebabkan 10 orang terkorban di Kabul, Ogos lalu. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menyatakan pada Isnin bahawa tidak ada mana-mana anggota tentera atau pegawai AS akan menghadapi tindakan tatatertib berhubung serangan dron AS di Kabul, Ogos lalu.

Dalam serangan itu, seramai 10 orang awam Afghanistan termasuk tujuh kanak-kanak terkorban.

Jurucakapnya, John Kirby berkata, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin memperoleh kajian semula peringkat tertinggi mengenai serangan itu dan tidak membuat sebarang syor tentang langkah-langkah kebertanggung jawaban berhubung serangan tersebut.

"Tidak ada kes yang cukup kukuh (mengaitkan mana-mana askar berhubung serangan dron AS di Kabul)," tambah Kirby.

Serangan dron pada 29 Ogos lalu berlaku pada hari-hari terakhir proses pemindahan warga AS yang diketuai dari Kabul selepas Taliban menguasai kawalan di negara itu.

Sebelum ini, pegawai-pegawai AS menyatakan mereka mempunyai maklumat risikan bahawa Daesh mungkin melakukan serangan semasa operasi pemindahan itu berlaku di sebuah lapangan terbang di Kabul.

Ini menyebabkan tentera AS melancarkan serangan peluru berpandu yang dibawa oleh dron itu dan mengenai sasaran iaitu sebuah kereta yang dianggap pada mulanya membawa muatan peluru-peluru.

Sebaliknya, maklumat perisikan itu tidak benar kerana ia sebenarnya menyerang sebuah keluarga termasuk seorang lelaki Afghanistan yang bekerja untuk kumpulan bantuan AS dan tujuh kanak-kanak terkorban dalam kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: