Mangsa banjir di Bandar Baharu meningkat

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bandar Baharu memasang khemat untuk menempatkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu, di sini. - Foto ihsan APM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bandar Baharu memasang khemat untuk menempatkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu, di sini. - Foto ihsan APM
A
A
A

ALOR SETAR - Mangsa banjir di Bandar Baharu, di sini, meningkat kepada seramai 23 orang daripada 11 keluarga berbanding 21 orang daripada sembilan keluarga setakat jam 9.30 malam, pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kesemua mangsa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu, di sini.

Menurut Abdul Rahim, mangsa dari Kampung Parit Nibong, Kampung Asam Kumbang, Taman Cahaya Nilam dan Sungai Tepus dipindahkan selepas rumah mereka terjejas dalam kejadian banjir kilat berikutan hujan lebat lebih satu jam.

"Hujan lebat bermula jam 3.15 petang Isnin itu menyebabkan air sungai melimpah dan saliran parit yang tersumbat menyebabkan air melimpah memasuki rumah berhampiran.

"Bagaimanapun, hujan telah berhenti dan keadaan masih mendung namun air juga telah surut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bandar Baharu akan terus memantau kawasan dinaiki air dan membantu mengepam air keluar dari rumah mangsa yang dimasuki air.

Artikel Berkaitan: