Panik 10 minit terperangkap dalam kereta

Pasukan bomba mengeluarkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta di sebuah kediaman di Jalan Bendahara 5A Taman Bendahara di sini, pada Isnin.
Pasukan bomba mengeluarkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta di sebuah kediaman di Jalan Bendahara 5A Taman Bendahara di sini, pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terkunci dalam kereta di sebuah kediaman di Jalan Bendahara 5A Taman Bendahara di sini, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.39 petang.

Menurutnya, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, pasukan bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta Perodua Axia yang dalam keadaan terkunci," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Norazam berkata, mangsa yang terperangkap kira-kira 10 minit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan berada dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada ibu bapanya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.54 petang," katanya.

Artikel Berkaitan: