Ranjau berbeza empat kelab Inggeris

Keputusan undian semula Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland. FOTO: AFP
Keputusan undian semula Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland. FOTO: AFP
A
A
A

GERGASI liga Inggeris, Manchester United kendalian pengendali sementara Ralf Rangnick dan Liverpool pimpinan Jürgen Klopp dijangka berdepan laluan getir di Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara apabila masing-masing diundi berdepan kelab La Liga, Atletico Madrid dan jagoan Serie A, Inter Milan.

Sementara penyandang juara Chelsea kendalian Thomas Tuchel pula dijangka tidak berdepan masalah meneruskan kemaraan mempertahankan kejuaraan apabila diundi berdepan kelab Ligue 1, Lille manakala Manchester City pula diundi berdepan kelab liga Portugal, Sporting Lisbon.

Sensasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) bakal menguji kekuatan apabila diundi berdepan gergasi La Liga Real Madrid manakala gergasi Bundesliga, Bayern Munich pula diundi berdepan kelab Austria, Red Bull Salzburg sementara satu lagi wakil Portugal, Benfica akan berdepan Ajax Amsterdam manakala Villarreal menentang Juventus.

Untuk rekod, perlawanan pertama akan diadakan pada 15 dan 16 Februari serta 22 dan 23 Februari manakala aksi kedua pada 8 dan 9 Mac serta 15 dan 16 Mac 2022.

KEPUTUSAN UNDIAN SEMULA PUSINGAN 16 TERBAIK LIGA JUARA-JUARA

Atletico Madrid lwn Manchester United

Inter Milan lwn Liverpool

Red Bull Salzburg lwn Bayern Munich

Artikel Berkaitan:

Sporting Lisbon lwn Manchester City

Benfica lwn Ajax Amsterdam

Chelsea lwn Lille

Villarreal lwn Juventus

Paris Saint Germain lwn Real Madrid