Bas ekspres rempuh 10 kenderaan

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 139.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada petang Isnin.
Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 139.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada petang Isnin.
A
A
A

BUTTERWORTH - Sebuah bas ekspres hilang kawalan sebelum merempuh 10 buah kenderaan lain dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 139.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada petang Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang itu mengakibatkan kesesakan trafik luar biasa sepanjang 15 kilometer.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil siasatan awal mendapati bas yang dipandu seorang lelaki dari arah Butterworth menghala ke Ipoh itu hilang kawalan.

Menurutnya, akibat kejadian itu bas berkenaan merempuh kereta di hadapannya sebelum sebelum melanggar sembilan kenderaan yang lain di laluan yang sama.

"Mangsa yang mengalami cedera ringan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian ini masih lagi dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Shafee berkata, pengguna lebuhraya yang menyaksikan kejadian kemalangan berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Sufi Abdul Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222.

Artikel Berkaitan: