Undian Pusingan 16 Liga Juara-Juara diadakan semula

No Image Caption
A
A
A

UNDIAN untuk Pusingan 16 Liga Juara-Juara terpaksa diadakan semula selepas berlaku kesilapan teknikal sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan kelab yang mara ke pusingan tersebut, kata Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada Isnin.

"UEFA mengumumkan pengundian semula Pusingan 16 Liga Juara-Juara berikutan kesilapan material disebabkan masalah teknikal dengan perisian dari pembekal perkhidmatan luar ketika proses pengundian sebelum ini.

"Akibatnya cabutan undian telah diisytiharkan tidak sah dan akan dibuat semula sepenuhnya," jurucakap UEFA.

Sementara itu, jurucakap Atletico Madrid, yang digandingkan dengan bekas juara enam kali kejuaraan berprestij bola sepak Eropah, Bayern Munich berkata: "Kami meminta penjelasan daripada UEFA dan kami akan melihat apa yang mereka katakan."

Dalam undian sebelum ini penyandang juara Chelsea menentang Lille, Villarreal-Manchester City manakala RB Salzburg berdepan Liverpool, Atletico Madrid berdepan Bayern Munich.

Gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain akan berdepan Manchester United, Benfica menentang Real Madrid, Inter Milan berdepan Ajax Amsterdam manakala Sporting Lisbon menentang Juventus.

Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara

Benfica (Portugal)

Artikel Berkaitan:

Real Madrid (Sepanyol)

Villarreal (Sepanyol)

Manchester City (England)

Atletico Madrid (Sepanyol)

Bayern Munich (Jerman)

Inter Milan (Itali)

Ajax Amsterdam (Belanda)

RB Salzburg (Austria)

Liverpool (England)

Sporting Lisbon (Portugal)

Juventus (Itali)

Chelsea (England)

Lille (Perancis)

Paris Saint-Germain (Perancis)

Manchester United (England)