Lelaki ditemui mati dalam lori

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam lori di tengah jalan Tali Air 3, Sungai Burong, di sini pada Isnin.
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam lori di tengah jalan Tali Air 3, Sungai Burong, di sini pada Isnin.
A
A
A

TANJONG KARANG - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah lori di jalan Tali Air 3, Sungai Burong, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima laporan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan itu pada jam pada jam 9.20 pagi.

"Lelaki terbabit disyaki meninggal dunia di lokasi kejadian. Punca kematian masih disiasat," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah beliau, mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: