X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Polis tahan tiga pengedar dadah

Sebahagian daripada wang tunai dan dadah yang dirampas dalam dua serbuan berasingan pada Khamis lalu hingga Ahad. - Foto ihsan polis
A
A

KEMAMAN - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu dalam dua serbuan berasingan pada Khamis dan Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah dan wang tunai berjumlah keseluruhan RM53,319.

Menurutnya, tangkapan pertama membabitkan seorang penganggur berusia 28 tahun di sebuah rumah di daerah itu.

"Dalam serbuan itu, polis merampas tiga peket pil kuda seberat 53.90 gram bernilai RM6,000 dan ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya pada Isnin.

Hanyan berkata, dalam serbuan kedua pula, polis menahan dua lelaki berusia berusia 27 dan 37 tahun di belakang sebuah kedai di tepi jalan antara jam 4.30 hingga 4.50 petang Ahad.

"Susulan penahanan ini, polis merampas pelbagai jenis dadah dan wang tunai yang berjumlah keseluruhan RM47,319.

"Kesemua suspek yang positif dadah direman tujuh hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!