X

Kindly register in order to view this article
!

Kereta langgar dua motosikal

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal.
A
A

RASA - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 16 Jalan Rasa - Bukit Beruntung, jam 7.24 pagi tadi.

Mangsa, Shamsuri Bin Mohd Sudin, 38, yang beralamat di Seksyen BS10, Bukit Sentosa meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dan dua motosikal jenis Modenas GT128 serta SYM E Bonus.

Menurutnya, kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan dipandu seorang wanita berusia 43 tahun dari arah Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Sentosa.

"Sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar kedua motosikal terbabit di laluan bertentangan.

"Dalam kemalangan ini, penunggang Modenas meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang SYM mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Bak Phai berkata, pemandu Perodua Alza ditahan untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus