Fuziah dilantik Pengerusi PH Pahang

Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
A
A
A

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Fuziah Salleh telah dilantik sebagai Pengerusi PH negeri ini bagi menggantikan Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keputusan itu dibuat di dalam mesyuarat bersama Majlis Presiden PH pada Ahad lalu.

“Kita telah bersetuju melantik Fuziah sebagai pengerusi berkuat kuasa 11 Mac ini. Majlis Presiden PH mengucapkan terima kasih kepada Fauzi di atas kecemerlangan kepimpinannya sebagai pengerusi PH yang pertama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, PH yakin dengan kredibiliti yang dimiliki Ahli Parlimen Kuantan yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Malah beliau turut mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Fuziah.

Artikel Berkaitan: