Malaysian Tigress sudah boleh keluar dari Korea Selatan

IMBAS KEMBALI...Skuad Malaysian Tigresssebelum bertolak ke Korea Selatan pada 29 November lalu. - Foto Malaysian Hockey Confederation
IMBAS KEMBALI...Skuad Malaysian Tigresssebelum bertolak ke Korea Selatan pada 29 November lalu. - Foto Malaysian Hockey Confederation
A
A
A

SKUAD Hoki Projek Khas Wanita akhirnya dibenarkan pulang ke tanah air hari ini, setelah terlepas peluang beraksi pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2021 di Donghae, Korea Selatan yang bermula 5 hingga 11 Disember lalu, susulan pemainnya disahkan positif Covid-19.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi kenyataan berkata pasukan tersebut yang telah menjalani kuarantin sejak tiba di sana pada 29 November selepas seorang pemain positif Covid-19, telah berlepas pulang ke tanah air pada 10.30 pagi waktu Korea Selatan (9.30 pagi waktu Malaysia).

Malaysian Tigress itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.40 malam ini dan mereka akan menjalani kuarantin wajib yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

"Namun, dua pemain terbaharu yang telah disahkan positif Covid-19 ketika ujian calitan baru-baru ini, masih perlu menjalani proses kuarantin yang akan berakhir tidak lama lagi," menurut kenyataan pada Isnin.

Ketua jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim dan Pengurus pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani akan terus berada di Donghae bersama-sama dua pemain tersebut bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka dijaga.

KHM sebelum ini mengesahkan pemain negara, Nurul Faezah Shafiqah Khalim disahkan positif Covid-19 pada ujian ketika ketibaan pasukan pada 29 November lepas yang menyebabkan seluruh pasukan negara dikuarantin sejak 1 Disember lepas, serta tidak dibenarkan beraksi dalam kejohanan itu.

Sementara itu, skuad Speedy Tigers juga terpaksa melupakan aksi ACT Lelaki di Dhaka, Bangladesh bermula esok hingga 22 Disember, apabila penyerang Faizal Saari positif Covis-19 semasa ujian yang dilakukan pada 8 Disember, menyaksikan keseluruhan pasukan menjalani kuarantin kendiri.

Artikel Berkaitan: