Kemunculan pak belang, Perhilitan pasang ‘Perangkap Wahab’

Perhilitan Kelantan bertindak memasang ‘Perangkap Wahab’ bagi menangkap dua ekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Remau, Pos Bihai, Gua Musang pada Ahad.
Perhilitan Kelantan bertindak memasang ‘Perangkap Wahab’ bagi menangkap dua ekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Remau, Pos Bihai, Gua Musang pada Ahad.
A
A
A

GUA MUSANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan bertindak memasang perangkap dikenali sebagai ‘Perangkap Wahab’ bagi menangkap dua ekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Remau, Pos Bihai, di sini pada Ahad.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, bukan itu sahaja, bagi memastikan keselamatan terjamin, penduduk juga diminta untuk berpindah sementara ke kampung berhampiran iaitu Kampung Tendrik, Pos Bihai.

"Akses masuk ke kampung berkenaan juga telah ditutup sementara bagi membolehkan operasi tangkapan ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

"Tindakan pantas yang kami lakukan ini diharap dapat memberikan kelegaan kepada tujuh keluarga yang menetap di perkampungan orang asli berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, kehadiran pak belang itu disedari oleh penduduk berkenaan pada Jumaat dan terus membuat aduan kepada pihaknya menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, tindakan segera ini diambil selepas pihaknya mendapati terdapat sumber makanan (haiwan ternakan) yang mudah untuk kedua-dua ekor harimau tersebut bertindak.

Katanya, Perhilitan Kelantan menggunakan kambing hidup sebagai umpan bagi menarik perhatian harimau belang itu untuk masuk ke dalam perangkap.

Mohamad Hafid berkata, pada Sabtu, pihaknya telah turun ke lokasi untuk membuat siasatan dan memasang perangkap kamera di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Berpandukan kepada imej dan video yang dirakam oleh penduduk kampung, pihaknya mendapati keadaan fizikal kedua-dua ekor pak belang itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

"Bagaimanapun, kami tidak dapat mengenal pasti sama ada pak belang berkenaan telah dijangkiti Virus Canine Distemper kerana tidak takut pada manusia.

Menurutnya, hal itu berdasarkan kepada kes Awang Besul, iaitu harimau belang yang ditangkap di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dunggun, Terengganu pada 19 Julai 2019.

ARTIKEL BERKAITAN:17 keluarga orang asli berpindah, khuatir serangan harimau belang