Majikan abai keselamatan pekerja didenda RM10,000

Sebuah syarikat pembuatan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, kerana gagal mengadakan prosedur kerja selamat hingga menyebabkan seorang pekerjanya cacat, tahun lalu.
Sebuah syarikat pembuatan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, kerana gagal mengadakan prosedur kerja selamat hingga menyebabkan seorang pekerjanya cacat, tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Sebuah syarikat pembuatan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, kerana gagal mengadakan prosedur kerja selamat hingga menyebabkan seorang pekerjanya cacat, tahun lalu.

Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas Vestech Engineering Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya, Lim Ah Hock mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Vestech Engineering Sdn Bhd sebagai majikan gagal mengadakan prosedur kerja selamat sehingga menyebabkan berlaku kemalangan kepada seorang pekerjanya pada 24 Julai 2018.

Dalam kejadian pada jam 2.30 petang, pekerjanya berusia 65 tahun sedang menjalankan aktiviti ‘test run’ bagi ‘crystalliser-mobuliser’.

Dia mengalami kecederaan parah iaitu hancur setengah kaki kiri akibat dihimpit antara ‘arm’ yang bergerak pada bahagian atas dan dinding ‘crystalliser-mobuliser’.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahu atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Mudzaffar Anwar Hussin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: