Pegawai agensi penguat kuasa direman libatkan jenayah RM700,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua individu termasuk pegawai agensi penguat kuasa masing-masing direman tiga dan empat hari bagi membantu siasatan kes jenayah melibatkan kerugian sebanyak RM700,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua suspek ini ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi masing-masing pada Sabtu dan Ahad.

"Kedua-dua suspek ditahan di pekarangan pejabat mereka dan direman tiga dan empat hari bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, katanya seramai 12 individu telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Pada Sabtu, dua individu termasuk seorang pegawai agensi penguat kuasa ditahan polis selepas dipercayai terbabit kes jenayah di sebuah rumah di Jalan Ampang, di sini.

Artikel Berkaitan: