Hubungan bersama Ahmad Zahid masih 'hangat': Abdul Hadi

Abdul Hadi dan Ahmad Zahid
Abdul Hadi dan Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jawapan berseloroh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan hubungannya bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih 'hangat' menjawab teka-teki sesetengah pihak yang mendakwa dua pemimpin itu kini bertelagah.

Menurut Abdul Hadi, hubungan antara mereka tidak 'dingin' sebagaimana di dakwa malah sering bersua di Parlimen.

"Saya rasa hubungan kami masih 'hangat', dekat Parlimen kita duduk bersama-sama, sebelah saya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid.

"Saya duduk di tengah-tengah, jadi pendamai semua pihak," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, pada Ahad.

Abdul Hadi ketika berucap sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 berkata, Pas memiliki kehebatan tersendiri tanpa perlu menumpang parti lain.

Abdul Hadi Awang (tengah) dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu pada Ahad
Abdul Hadi Awang (tengah) dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu pada Ahad

Katanya, parti-parti lain yang banyak bergantung dengan Pas untuk menyelamatkan diri.

"Walaupun Pas ditekan dan berdepan rintangan, kita tidak sekali-kali menyerah kalah dalam perjuangan. Pelbagai ujian, ugutan yang membujur lalu, melintang patah, tetapi kita harus lalui perjuangan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan, sumber parti dan penganalisis mendakwa hubungan Ahmad Zahid dan Abdul Hadi disifatkan dingin sekali gus menjadi antara faktor MN berada di 'penghujung jalan'.

ARTIKEL BERKAITAN:Muafakat Nasional belum 'berkubur': Abdul Hadi