HPPNK 2021 diadakan secara hibrid dengan SOP ketat

Ronald Kiandee
Ronald Kiandee
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2021 akan diadakan secara hibrid bermula 21 hingga 23 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, HPPNK 2021 akan mengetengahkan teknologi-teknologi baru dalam sektor hidro makanan.

“HPPNK 2021 akan mengehadkan jumlah pengunjung secara fizikal ke WTCKL bagi mematuhi arahan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada pemberita di reruai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Ahad.

Beliau berkata, 13 agensi kerajaan dan sektor swasta serta usahawan daripada sektor hidromakanan akan memeriahkan program dwitahunan tersebut.

Sebelum ini, HPPNK 2019 mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung tempatan dan Singapura sepanjang empat hari penganjurannya di Angsana Johor Bahru Mall, Johor bermula 28 November.

Sementara itu, mengulas mengenai sambutan orang ramai terhadap jualan MAFI, Ronald berkata, jualan produk “Phewiiit!” yang berkolaboratif bersama selebriti terkenal Amy Search adalah yang paling laris sepanjang empat hari penganjuran.

Menurutnya, produk berkenaan yang mengetengahkan kopi dan nanas itu mendapat bimbingan daripada usahawan MAFI sendiri. - Bernama

Artikel Berkaitan: