Penduduk Taman Melawati desak campur tangan menteri

Azhari (kanan) bersama penduduk di Taman Melawati berkumpul bagi membuat bantahan terhadap projek pembetungan yang terbengkalai di sini pada Ahad.
Azhari (kanan) bersama penduduk di Taman Melawati berkumpul bagi membuat bantahan terhadap projek pembetungan yang terbengkalai di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penduduk Taman Melawati di sini mendesak Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk campur tangan bagi menyelesaikan projek pembetungan yang terbengkalai di kawasan sejak empat tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati, Azhari Abd Taharim berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan dan desakan daripada penduduk di sini berkenaan projek tersebut yang menyusahkan kehidupan seharian mereka.

Menurutnya, antara masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini ialah kerosakan kenderaan akibat jalan berlubang dan kesesakan lalu lintas.

Dakwanya, antara punca projek tersebut terbengkalai sekian lama ialah pihak pemaju gagal mendapatkan dana daripada pihak berwajib untuk meneruskan projek berkenaan.

"Sebelum ini, pemaju janji projek itu dijangka siap pada 2018, tapi sehingga kini ini ia masih tertunggak.

"Kami menderita terlalu lama, kereta rosak akibat jalan berlubang, jalan raya sesak, kerugian kita tak perlu ceritalah, tiada siapa yang kisah untuk buat tuntut bagi kerosakan yang kami alami.

Azhari (kiri) ketika sidang akhbar semasa membuat bantahan di Taman Melawati di sini pada Ahad.
Azhari (kiri) ketika sidang akhbar semasa membuat bantahan di Taman Melawati di sini pada Ahad.

"Jadi kami menggesa Menteri Alam Sekitar dan Air untuk campur tangan segera bagi menyelesaikan isu projek pembetungan yang tergendala," katanya ketika sidang akhbar semasa membuat bantahan di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pihaknya turut menuntut pemaju untuk menutup lubang di sekitar kawasan projek tersebut bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya dan hanya membukanya semula apabila kerja-kerja pembinaan dijalankan semula.

Namun katanya, jika pihak pemaju gagal mendapatkan dana daripada kerajaan Persekutuan untuk menyiapkan projek tersebut, mereka menuntut agar jalan di sini diperbaiki.

"Selagi pihak pemaju tidak dapat bajet tersebut, janji mereka tidak akan tertunai dan projek-projek tersebut tidak akan siap.

"Kami sudah penat, jika kami terpaksa jumpa menteri, kami akan buat," katanya.