1,001 kegunaan Vaselin untuk tampil menawan

A
A
A

WANITA lazimnya berfikiran bahawa pelaburan yang besar pasti mendatangkan hasil berlipat kali ganda. Ramai juga wanita yang mengandaikan, wang mampu mengubah penampilan. Filosofi itu tidak tepat sebenarnya apabila menyentuh bab penjagaan kulit.

Tahukah anda, dengan mengeluarkan sedikit wang dengan membeli Vaseline, anda mampu tampil dengan wajah dan kulit yang mulus. Ia sangat bermanfaat dalam kecantikan. Vaselin sebenarnya diperbuat daripada petroleum jelly. Produk ini melindungi dan kunci kepada kelembapan dalam membantu memperbaiki kulit 100 peratus.Sifat vaselin yang merupakan triple-purified boleh menjadikan kulit lebih lembut, hypoallergenic dan non-comedogenic (tidak akan menyumbatkan liang-liang), membantu mengurangkan penampilan garis halus dan akan kering pada kulit. Produk ini juga membantu melindungi luka kecil, luka terbakar dan ruam lampin. Ia juga bertindak sebagai pelindung sinaran UV pada kulit.

No Image Caption

Apa lagi, pastikan vaselin sentiasa ada dalam beg tangan anda. Mari sama-sama kita pelajari kelebihan vaselin ini jika anda berdepan dengan masalah-masalah seperti di bawah;

1. Kesan mekap susah tanggal

Penggunaan pembersih muka adakalanya tidak mampu menanggalkan kesan mekap. Satu kesukaran buat wanita yang bermekap tebal untuk solat. Caranya dengan hanya sapukan vaselin, ia mampu menanggalkan mekap yang sukar untuk ditanggalkan.

2. Mahu bibir berkilau

Sapu vaselin pada bibir, lihat perubahan bibir, ia akan berkilau. Vaselin juga ubat bagi bibir yang mengelupas kerana kekeringan. Jika disapu sebelum anda memakai gincu bibir, warna akan menjadi lebih menarik dan mencegah daripada noda gincu terkena pada baju, gelas dan orang yang kamu kucup.

Artikel Berkaitan:

3.Mata Panda

Akibat berjaga malam, ada lingkaran warna hitam pada bawah mata bukan? Kelihatan seperti mata panda. Hilangkannya dengan sapukan vaselin dengan sedikit perahan air lemon. Sapukan selama seminggu dan lihat hasilnya.

4. Sikur kering dan hitam

No Image Caption

Sebelum orang lain mengutuk siku anda kering dan hitam, sila atasinya dengan segera. Sapukan vaselin pada kedua-dua belah siku yang bermasalah. Pastikan vaselin menyerap sepenuhnya pada kulit siku. Lihat hasilnya. Kulit bahagian siku akan menjadi lebih lembut dan licin. Setelah dua minggu lihat hasilnya kulit kembali cerah.

6. Bulu mata tidak lebat

Mahu bulu mata lebat dan panjang? Apa lagi sapukan vaselin pada setiap malam sebelum anda masuk tidur. Ia juga dapat mengatasi masalah bulu mata anda tercabut ketika menanggalkan maskara.

7. Kaki kering

Kaki terdedah kepada cahaya matahari akan membuatkan menjadi kering, kusam dan tidak berseri. Caranya senang sahaja, setiap malam sapu vaselin pada keseluruhan kaki dan pakai stoking. Esok pagi lihat kaki akan menjadi lembut seperti kaki bayi.

5. Kutikel kuku kering

No Image Caption

Ada masalah celah kuku jari kering sehingga mengelupas dan terdedah kepada jangkitan kuman? Ambil vaselin dan sapu pada kutikel kuku bermasalah. Kuku akan menjadi lembut dan tidak kering lagi, malah kulit bahagian kuku akan nampak lebih sihat.

8. Wangian tahan lama

Anda bimbang bau badan akan mengeluarkan haruman kurang enak jika seharian membuat aktiviti luar. Jalan penyelesaian sapukan vaselin pada tempat yang anda akan semburkan minyak wangi. Ia akan menjadikan minyak wangi yang dipakai lebih tahan lama daripada sepatutnya.