Lebih 3.5 juta individu lengkap suntikan dos penggalak

 Seramai 3.597 juta individu selesai melengkapkan dos penggalak Covid-19. Foto hiasan.
Seramai 3.597 juta individu selesai melengkapkan dos penggalak Covid-19. Foto hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 3.597 juta individu selesai melengkapkan dos penggalak Covid-19.

Pada Sabtu sahaja, terdapat pertambahan 66,622 individu melengkapkan suntikan dos penggalak.

Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas, petugas barisan hadapan dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain, kumpulan yang diberi keutamaan untuk suntikan penggalak.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, jumlah berkenaan daripada 25.49 juta populasi keseluruhan atau 78.1 peratus yang lengkap divaksinasi sehingga Jumaat.

Manakala 25.91 juta individu atau 79.4 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 22.77 juta individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Manakala, 98.7 peratus atau 23.09 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.72 juta individu atau 86.5 peratus telah melengkapkan dua dos.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, data kemajuan Program Imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 70,382 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.82 juta dos.

Bermula 21 Oktober lalu, penerima vaksin CoronaVac yang lengkap divaksinasi sekurang-kurang selepas tiga bulan, perlu diberikan dos penggalak daripada jenis berbeza (heterolog) iaitu vaksin Comirnaty.

Di samping itu juga, penerima vaksin Comirnaty yang lengkap selepas enam bulan, juga bakal menerima dos penggalak daripada jenis sama (homolog) iaitu Comirnaty.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Awani