Penagih dadah mengamuk guna batang besi ditahan

Suspek (kanan) yang juga penagih dadah ditahan selepas mengamuk dalam kejadian di Kampung Gerowot, Kuala Penyu pada Sabtu.
Suspek (kanan) yang juga penagih dadah ditahan selepas mengamuk dalam kejadian di Kampung Gerowot, Kuala Penyu pada Sabtu.
A
A
A

BEAUFORT - [DIKEMASKINI] Seorang penagih dadah ditahan selepas anaknya sendiri melaporkan kepada polis mengenai tindakan bapanya yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Gerowot, Kuala Penyu, di sini pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 1.43 pagi itu, lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah mengamuk dengan menggunakan batang besi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata,

tangkapan dibuat selepas anggotanya menerima panggilan daripada seorang pengadu yang juga anak kepada suspek.

"Pengadu lelaki berusia 27 tahun itu telah membuat panggilan kepada anggota yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

"Pengadu membuat aduan kerana takut dengan tindakan bapanya yang mengamuk dengan menggunakan batang besi dan suspek kemudian ditahan di halaman rumahnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.

Dalam pada itu, Yusoff berkata, suspek kemudiannya di bawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: