Wanita tokan dadah diberkas

Seramai 29 individu berjaya ditahan termasuk seorang wanita di Rawai.
Seramai 29 individu berjaya ditahan termasuk seorang wanita di Rawai.
A
A
A

MARANG - Seramai 29 penagih dadah termasuk seorang wanita yang berusia antara 30 hingga 55 tahun ditahan selepas polis menyerbu kawasan semak di Rawai, Bukit Payong, di sini.

Kesemuanya ditahan menerusi operasi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah itu dijalankan sekumpulan anggota dan pegawai narkotik ibu pejabat kontinjen dan daerah.

Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, operasi bermula jam 6.30 pagi turut berjaya merampas tiga botol plastik berisi serbuk yang dipercayai heroin.

“Tiga suspek termasuk wanita itu disyaki pengedar dadah apabila polis menjumpai tiga botol plastik berisi serbuk disyaki heroin semasa menahan mereka di pondok berhampiran.

"Salah seorang daripada mereka dibebaskan bulan lepas dan pernah ditangkap atas kesalahan mengedar serta dikenakan tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1988.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang 10 sebatan," katanya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif di daerah berkenaan sepanjang tahun.

“Oleh itu, kita mengharapkan kerjasama masyarakat membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah serta jenayah di daerah ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: