4,626 kes baharu positif Covid-19

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Jumlah kes baharu Covid-19 merekodkan penurunan dengan 4,626 kes pada Sabtu, berbanding 5,058 kes pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes kumulatif Covid-19 kini sebanyak 2,688,149 kes.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 97.9 peratus atau 4,531 kes adalah daripada kategori satu dan dua manakala 95 kes atau 2.1 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

"Bagi kes sembuh pula, sebanyak 4,690 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 2,596,509 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 396 kes, dengan 211 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, enam lagi kluster baharu dikenal pasti, menjadikan jumlah kluster aktif kini 250.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara dan juga luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“KKM juga akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan kes yang dilaporkan juga, Dr Noor Hisham memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara setakat Jumaat mencatatkan angka 1.00, dengan Negeri Sembilan mencapai Rt tertinggi iaitu 1.06, diikuti Perlis (1.05), Melaka (1.03), Pahang (1.02) dan Terengganu (1.0).

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 akan dimuat naik ke laman sesawang CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.