‘Ini ujian ALLAH untuk kami’

Dua anak hidap penyakit kepala besar.
Dua anak hidap penyakit kepala besar.
A
A
A

KLUANG - Sepasang suami isteri di Taman Ilham, di sini, menjadikan hospital rumah kedua apabila dua daripada tiga anak menghidap penyakit hydrocephalus akibat lebihan cecair dalam kepala sejak lahir.

Tambah menyedihkan apabila bapa kanak-kanak tersebut yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori kini hilang punca pendapatan dan diberi cuti sakit selepas kemalangan beberapa bulan lalu.

Aisyah Mohd Salleh, 30, berkata, walaupun dia dan suami, Shahrul Hassan, 32, tidak mempunyai pendapatan tetap, segala keperluan rawatan untuk anak sulungnya, Nur Iman Shah, 10, dan anak bongsunya, Nur Rahil Raihan, tujuh bulan tetap dilakukan.

Lawatan Ahli MPK Zon 23, Jaafar Matek dan Ahli MPK Zon 10, T Nalathamby, kelmarin.
Lawatan Ahli MPK Zon 23, Jaafar Matek dan Ahli MPK Zon 10, T Nalathamby, kelmarin.

“Sebenarnya, anak kedua kami, Nor Raihan Shah juga hidap penyakit sama, namun dia meninggal dunia selepas 42 hari dilahirkan dan hanya anak ketiga, Nor Izzul Islam yang kini berumur empat tahun dilahirkan normal.

“Sebelum ini, boleh dikatakan tiap-tiap minggu Nur Rahil ditahan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) untuk sedut air dalam kepala supaya kepala tidak terlalu membesar dan tegang,” katanya semasa menerima lawatan Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Zon 23, Jaafar Matek dan Ahli MPK Zon 10, T Nalathamby, kelmarin.

Menurutnya, Nur Rahil juga turut derita ekzema sudah tiga kali jalani pembedahan.

Katanya, bagi mengelakkan kedua-dua anaknya sawan, dia menggunakan pendingin hawa yang disumbangkan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dia menerima bantuan bulanan RM350 daripada JKM selain memperuntukkan RM800 untuk perbelanjaan dan rawatan dua anaknya.