PRU15: UMNO Selangor terus kerjasama dengan Pas

Noh (tiga dari kanan) menyampaikan replika Tutor Mahir kepada pengetua sekolah pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Majlis Penyerahan ID dan Password Tutor Mahir di IPP Tanjong Karang di sini pada Sabtu.
Noh (tiga dari kanan) menyampaikan replika Tutor Mahir kepada pengetua sekolah pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Majlis Penyerahan ID dan Password Tutor Mahir di IPP Tanjong Karang di sini pada Sabtu.
A
A
A

TANJONG KARANG - UMNO Selangor kekal berpendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Pas bagi mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) di negeri ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kedua-dua parti itu tidak boleh bertembung sesama sendiri bagi mengelakkan Pakatan Harapan (PH) terus mengekalkan pentadbiran di negeri ini.

"Kalau kita hendak menang, syaratnya UMNO dan Pas tidak boleh bertembung bagi mengelakkan kekalahan dalam pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Majlis Penyerahan ID dan Password Tutor Mahir di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini pada Sabtu.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, hasrat itu juga pernah disampaikan beliau melalui perjumpaan dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada awal tahun lalu.

"Pada dasarnya beliau (Abdul Hadi) tiada masalah dan saya telah bincang bahawa UMNO dan Pas jangan bertembung bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru," katanya.

Jelas beliau, UMNO dan Pas yang merupakan pembangkang di negeri ini mempunyai semangat sama iaitu untuk memenangi PRU-15 bagi membentuk kerajaan negeri.

"Salah satu sebab kita kalah pada (pilihan raya di Selangor) kerana berlakunya pertembungan tiga penjuru iaitu pusat daerah mengundi tidak pernah kalah pun kita boleh kalah," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, katanya, kerjasama itu penting memandangkan pecahan pengundi antara kaum di Selangor berbeza berbanding di negeri lain.

"Di Selangor, pecahan pengundi antara kaum Melayu dan bukan Melayu hampir sama dan jika ini berlaku (tiga penjuru) peluang hendak menang tipis," katanya.