Tiada perubahan kelas lesen memandu B2 ketika ini: JPJ

JPJ menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap kategori kelas lesen memandu jenis B2 sedia ada ketika ini.
JPJ menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap kategori kelas lesen memandu jenis B2 sedia ada ketika ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan terhadap kategori kelas lesen memandu jenis B2 sedia ada ketika ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kekeliruan yang dimuat naik oleh blogger pembidaan motosikal pertama di Malaysia, EbidMotor.com yang menyatakan kelas lesen memandu jenis B2 telah dinaikkan daripada kategori 250cc kepada 500cc.

“Sehingga kini penetapan kelas lesen memandu B2 masih kekal sebagai Motosikal Tidak Melebihi 250cc.

“Jabatan ini memandang serius perkara tersebut dan menyeru orang ramai agar merujuk laman web dan media sosial rasmi JPJ sebelum mempercayai sebarang info yang tular,” menurut hantaran di Facebook rasmi JPJ pada Sabtu.

Tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021.
Tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021.

Sementara itu dalam hantaran berasingan, JPJ memaklumkan, tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021.

“Pembayaran secara tanpa tunai adalah digalakkan di semua kaunter JPJ negeri, cawangan atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) dengan tertakhluk pada arahan Kementerian Kewangan (MOF) dan negeri,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: