Lebih 20 negeri di AS kesan kes varian Omicron

22 negeri di AS telah mengesan kes varian Omicron termasuk beberapa kes membabitkan penularan dalam komuniti. - AFP
22 negeri di AS telah mengesan kes varian Omicron termasuk beberapa kes membabitkan penularan dalam komuniti. - AFP
A
A
A

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 22 negeri di Amerika Syarikat (AS) telah mengesan kes varian Omicron termasuk beberapa kes membabitkan penularan dalam komuniti, lapor Xinhua memetik laporan terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Jumaat.

Daripada 43 kes, satu kemasukan ke hospital dan tiada kematian dilaporkan, menurut CDC.

Gejala paling biasa dilaporkan ialah batuk, keletihan dan hidung berair.

Siasatan yang dijalankan mendapati jangkitan membabitkan perjalanan antarabangsa dan domestik, majlis awam dan jangkitan dalam kalangan anggota keluarga.

CDC telah mengesyorkan beberapa strategi pencegahan serentak termasuk vaksinasi, ujian saringan, kuarantin dan pengasingan untuk memperlahankan penularan SARS-CoV-2 termasuk varian Omicron serta bagi mencegah penyakit yang lebih teruk dan kematian.

Kes Covid-19 pertama di AS yang dikaitkan dengan varian Omicron dikesan pada 1 Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan: