Dua nahas Boeing 737 Max 8 dalam tempoh lima bulan

Ethiopian-Airlines
Ethiopian-Airlines
A
A
A

DUA nahas melibatkan pesawat Boeing 737 Max 8 dalam tempoh lima bulan mengusarkan industri penerbangan.

Manakan tidak, pesawat Boeing 737 Max 8 milik Ethiopian Airlines telah jatuh pada 10 Mac lalu mengorbankan 157 penumpang.

Pada Oktober lalu, jenis pesawat yang sama milik Lion Air juga tewas di Laut Jawa hingga mengorbankan 189 penumpang.

Kedua-dua insiden ini sedikit sebanyak membuka mata industri penerbangan kerana secara kebetulan kedua pesawat itu tumpas sejurus berlepas dengan masa kurang dari 15 minit.

Memetik CNN, terdapat 350 pesawat model itu beroperasi di seluruh dunia melibatkan 54 buah syarikat.

Badan kawal selia industri penerbangan China, CAAC arahkan syarikat penerbangan domestik gantung penggunaan pesawat Boeing 737 Max 8 serta merta susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines.

Syarikat penerbangan domestik di China dilaporkan menggunakan 60 pesawat jenis itu.

Dengan penggantungan ini, penerbangan yang dijadual menggunakan Max 8 akan ditukar kepada pesawat model jenis 737-800.

Artikel Berkaitan:

Selain China, Cayman Airways umum gantung khidmat pesawat 737 Max 8.

Sebelum ini, Fiji Airways mengambil keputusan sama mengantungkan khidmat pesawat tersebut tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan perkhidmatan pesawat 737 Max 8.

Terdapat beberapa syarikat penerbangan mengambil langkah yang sama seperti American Airlines, Southwest Airlines, Norwegian Airlines, TUI, Silk Air, Icelandair, Flydubai, WestJet, dan GOL Linhas Aéreas.

"Buat masa ini tidak ada fakta yang menyebabkan kemalangan itu berlaku selain daripada laporan berita.

"Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap pesawat dan anggota kru kami yang paling berpengalaman dalam industri ini," menurut kenyataan pengurusan American Airlines.

Difahamkan, American Airlines mengendalikan 24 pesawat Boeing 737 MAX 8.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines terhempas

Nahas Lion Air: Kotak hitam kedua ditemui

Malaysia gantung serta-merta operasi Boeing 737 MAX

Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat berkenaan tidak menggunakan pesawat jenis 737 Max 8 ketika ini.