Tentera asing tak boleh serang negara jiran dari Iraq

 Trump bertemu anggota tentera AS yang bertugas di Iraq.
Trump bertemu anggota tentera AS yang bertugas di Iraq.
A
A
A

BAGHDAD - IRAQ. Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Iraq menyelar kenyataan Presiden Donald Trump yang mahu tentera Amerika Syarikat (AS) kekal di negara itu bagi memudahkan Washington terus memantau Iran.

Beliau menegaskan Iraq tidak membenarkan tentera asing menggunakan wilayahnya untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas mana-mana negara jiran.

"Baghdad tidak akan membenarkan sesiapa beroperasi di dalam Iraq untuk menyerang mana-mana negara di sekeliling kita.

"Kami mempunyai hubungan baik dengan semua negara jiran," kata Majer Jeneral Tahseen al-Khafaji.

Beliau juga menyatakan bahawa kehadiran tentera AS di Iraq bukan untuk pertempuran sebaliknya bertujuan melatih dan memberi nasihat serta bantuan logistik kepada tentera kerajaan dalam memerangi kumpulan militan Daesh.

Khafaji kemudian menegaskan bahawa tentera Iraq mampu mengawal negara dengan sendirinya.

Pegawai pertahanan kanan Iraq itu juga memuji peranan Iran dalam mengalahkan pengganas Daesh.

"Iran bantu kami tewaskan Daesh. Hubungan kami baik," katanya. - Press TV

Artikel Berkaitan: